Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171022 WA0001IMG 20171022 WA0000IMG 20171022 WA0002IMG 20171022 WA0003IMG 20171022 WA0004IMG 20171022 WA0005IMG 20171022 WA0006IMG 20171022 WA0008IMG 20171022 WA0007IMG 20171022 WA0009IMG 20171022 WA0010IMG 20171022 WA0011

ALOR SETAR, 22 Okt 17 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Datin Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah telah merasmikan Penutup Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) Peringkat Zon Utara di Dataran Go Kart , Kolej Tentera Udara hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Komandan Akademi Tentera Udara, Komandan INSKEP , Pemangku Komander PU Butterworth , Pegawai-pegawai Memerintah ,Ketua-ketua Cawang serta Jemaah Tertinggi Bakat Udara bersama AJK KS1K.

Antara Sukan yang dipertandingkan dalam KS1K peringkat Zon Utara adalah Sukan Futsal, Badminton, Bowling Padang, Sukan Rakyat serta acara Sukaneka dengan penglibatan yang sangat memberangsangkan daripada semua kontinjen-kontinjen yang terlibat.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara dan Jemaah Tertinggi Bakat Udara yang lain turut bertanding dalam acara sukan petanque yang berlangsung sepenuhnya pada pagi tadi di gelanggang Petanque RTC, Napoh Jitra Kedah.

Di majlis penutup, kenderaan yang dinaiki oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara dan rombongan telah diiringi oleh Konvoi Motosikal berkuasa tinggi daripada Air Force Bikers Community Zon Utara terdiri daripada anggota Kolej Tentera Udara , Pangkalan Udara Butterworth dan Akademi Tentera Udara, Ipoh.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang, ucapan perasmian penutup oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara dan Gimik serta persembahan khas penutup KS1K peringkat Zon Utara bagi Tahun 2017.

Acara berakhir dengan ramah mesra dan sesi bergambar anggota dan ahli BAKAT bersama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara.