Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20171014 WA0009IMG 20171014 WA0008IMG 20171014 WA0006

KUALA LUMPUR, 14 Okt 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hari ini telah dikurniakan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang berlangsung di Istana Negara. Turut menerima PGAT adalah Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V juga turut berkenan mengurniakan PGAT (Kehormat) kepada tujuh pemerintah tentera Negara Asing yang mendahului senarai penerima, AC Australian Chief of Defence Force, Air Chief Marshal Mark Binskin.

Manakala, seramai 15 penerima dianugerahkan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera, 44 penerima Darjah Panglima Angkatan (PAT), 232 penerima Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 249 penerima Bentara Angkatan Tentera (BAT).

Hadir sama menyaksikan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini Menteri Pertahanan; YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan; YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Panglima Angkatan Tentera; YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut; YBhg Jen Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin.