Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0367DSC 0334DSC 0413DSC 0438DSC 0440DSC 6593

KUALA LUMPUR, 13 Okt 17 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara hadir meraikan sambutan perayaan Deepavali peringkat Kementerian Pertahanan yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di Foyer Wisma Pertahanan pagi tadi. Majlis sambutan seumpama ini merupakan sambutan tradisi Kementerian Pertahanan sejak YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pertahanan.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan; YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Ketua Setiausaha; YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera; YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat; Jeneral Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim, serta warga Kementerian Pertahanan.