Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

451d0cd7 1721 4945 acbe a40c47960842d1cae8d0 6399 485d 8dc3 4935c7d82c12fa389699 f37a 49a3 b014 7df6832f7cc7dc2c4793 7027 4495 b9a7 cc0362dc7a210182d102 0364 4f11 a119 86ca98b1937230196591 1358 454f b8e5 14c21b6320f3dc002563 2ecc 4ee7 b7ab d2e775872f27e5f93edb 387a 4488 aaf5 19cccff991acd3847da6 d2cd 476b bdb6 563b80533961b85008fe 81ff 46c2 b0c3 2415f09b8a7c0511247d 1001 401d bb54 b9b5159a492b

PORT DICKSON, 5 Okt 17 - Perbarisan Pembubaran dan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) kepada kontinjen Malaysian Battalion 850-4 (MALBATT 850-4) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor hari ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.

Majlis penganugerahan pingat PNBB ini adalah bagi mengiktiraf kejayaan pasukan tersebut semasa menjalankan misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama 12 bulan mulai 21 Sep 16 hingga 21 Sep 17.

MALLBAT 850-4 telah diketuai oleh Kol Riezal Arif bin Ismail dengan berkekuatan seramai 850 anggota terdiri daripada 76 pegawai dan 774 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 24 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara.