Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 5160000 5204000 5329000 5329000 5387000 5398

KUALA LUMPUR, 29 Sep 17 – Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Komander Siri 13/17 yang diadakan di Hotel Ancasa hari ini.

Kursus yang berlangsung pada 18 Sep yang lalu telah dihadiri seramai 19 orang pegawai kanan TUDM terdiri daripada 17 orang pegawai berpangkat Lt Kol TUDM dan 2 orang pegawai berpangkat Mej TUDM.

Kursus yang diadakan ini adalah untuk melatih serta melahirkan komander-komander atau pegawai memerintah yang berpengetahuan, berkeyakinan serta mampu meneraju unit atau organisasi di bawah tanggungjawab masing-masing dengan berkesan.

Turut hadir semasa majlis penutup ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM.