Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 WAN3851 WAN3855 WAN3876 WAN3910 WAN3959 WAN3925 WAN3940 WAN3967

KUALA LUMPUR, 29 Sep 17 – Mej Muhammad Hamzani bin Hj Muhammad TUDM telah dinobatkan sebagai Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat ATM Ke-86 yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Antara peserta TUDM yang turut mengambil bahagian adalah Kpl U Muhammad Ghazali bin Zakaria (Kategori Qari), Puan Sauza binti Ali (Kategori Qariah), Sjn U Muhammad Ali bin Diang (Qari Kategori Saudara Muslim) dan PW U I (W) Nur Syafiqah binti Abdullah (Qariah Kategori Saudara Muslim.) Keempat-empat mereka merupakan Naib Johan bagi kategori masing-masing.

Turut hadir di majlis ini Timbalan Panglima Tentera Darat, YBhg Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi mewakili Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM mewakili Panglima Tentera Udara.