Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

f375877e 9347 446a 890a 70a27aa70dae4a70abb4 2dfc 4ee9 91e0 ff0aecb34036

cb5020bb 9ff2 49d4 8c20 63e1c16055ecfbbd3310 d4f4 41eb b3d3 ab2c823689d5

Panglima Tentera Udara telah tiba di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat untuk menghadiri Pacific Air Chief Symposium 2017 (PACS17) mulai 26 hingga 28 September 2017.

Panglima Tentera Udara serta Ketua Turus Tentera Udara yang menghadiri PACS17 ini telah disambut meriah oleh General Terence O’Shaughnessy, Commander Pacific Air Forces dan diberi penghormatan Honor Guard Cordon di PACAF HQ sebelum upacara perasmian PACS17.

Simposium anjuran United States Air Force Pacific Air Command adalah acara tahunan yang mengumpulkan Ketua-Ketua Turus Tentera Udara dari serantau Indo-Asia-Pasifik untuk membincangkan perihal geo-strategik serantau demi kepentingan bersama.

Tema yang diunjurkan untuk PACS17 ialah Challenges to Regional Security: Promoting Combined Operations in the Indo-Asia-Pacific. Sebanyak 8 sesi seminar dirancangkan sepanjang PACS17 yang merangkumi pelbagai topik berkaitan pendokongan kuasa udara di dalam menangani cabaran keselamatan serantau. Panglima Tentera Udara turut bakal menyumbangkan buah fikiran sebagai ahli panel di dalam sesi seminar bertopik Air Power in Counter Insurgency / Counter Violent Extremist Organizations.

Simposium sebegini menjadi satu pelantar yang membolehkan perkongsian idea dan pandangan sebagai salah satu usaha untuk merapatkan hubungan diplomasi pertahanan dan juga confidence building di antara negara serantau.