Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

41629f2a 6180 46f6 bb8e 99f762609ee01e67abee 2db1 4be8 b2ae 7307521d97105c336476 a515 4048 a33e 558ec300db117942adff 47af 40ec a55b 039d43adccabf8035dac b317 4555 9b84 a4c6a7c3e810

KUALA LUMPUR, 19 Sep 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir meluangkan masa dengan berkongsi ilmu dan pengalaman kepada peserta-peserta Kursus Komander Siri 13/17 di Ancasa Hotel Kuala Lumpur hari ini.

Kursus yang diadakan sehingga 29 Sep ini adalah untuk melatih serta melahirkan komander-komander atau pegawai memerintah yang berpengetahuan, berkeyakinan serta mampu meneraju unit atau organisasi di bawah tanggungjawab masing-masing dengan berkesan.

Terdahulu, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM telah merasmikan majlis pembukaan Kursus Komander Siri 13/17 yang dihadiri seramai 19 orang pegawai TUDM terdiri daripada 17 orang pegawai berpangkat Lt Kol TUDM dan 2 orang pegawai berpangkat Mej TUDM.