Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

47b36a52 9f2e 4bb8 b366 31b720e456d407ff6cc9 d583 45e1 b4cf 65162edf4c22262737c1 646c 470d 8804 7f61f31a6cc89196d0e6 6a6e 4343 b338 5e2a2665954d063fdb45 a029 4b92 8308 4675cd690c64ce91b964 89ce 4ba2 918b 307cd13569939cb4b68a 9dd7 4530 9eb6 e7c604662b843268b4a8 0201 4262 a435 43f8be716423bb424e52 07df 4f01 904b 6d8bcd37617d

SUBANG, 13 Sep 17 – Majlis Pelancaran Karnival Sukan 1 Keluarga telah diadakan di Pangkalan Udara Subang. Majlis pelancaran ini diadakan bagi merasmikan karnival sukan buat julung kalinya anjuran Jemaah Tertinggi Bakat Udara (JTBU) dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sukan TUDM.

Penganjuran Karnival Sukan 1 Keluarga yang juga dikenali sebagai KS1K ini merupakan cetusan idea daripada Pengerusi JTBU, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah. Cetusan idea ini juga telah mendapat sokongan padu daripada Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Perlaksanaan karnival ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama serta toleransi di kalangan warga TUDM selain meningkatkan ilmu pengetahuan dan profesionalisme bagi menghadapi cabaran/rintangan agar ahli BAKAT Udara (para isteri) sentiasa teguh dibelakang anggota tentera (para suami).

Penganjuran KS1K ini telah dipertanggungjawabkan kepada 26 orang ahli BAKAT Udara yang telah mengikuti Program Keusahawanan di MyWIN Academy di bawah seliaan YB Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Usahawan Wanita dan Profesional di Jabatan Perdana Menteri. Karnival ini merupakan projek akhir yang dirancang secara teratur dan sistematik di antara BAKAT Udara Sport MyWIN dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sukan TUDM.

Selaras dengan saranan kerajaan bagi melahirkan warga yang sihat dan cergas, ianya juga dapat menjadi pemangkin kepada ahli BAKAT Udara bagi mencipta kejayaan yang lebih gemilang dari segi kepimpinan dan keusahawanan.

Acara yang akan dipertandingkan di dalam KS1K ini lebih menitik berat acara kekeluargaan yang merangkumi sukaneka bagi kanak-kanak, sukan rakyat bagi keluarga dan futsal bagi belia/beliawanis. Sukan khas yang turut dipertandingkan adalah sukan badminton, boling padang dan petanque.

Karnival sukan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut pecahan zon bermula di Zon Malaysia Timur-Pangkalan Udara Labuan(Home Base), Zon Pantai Timur-Pangkalan Udara Kuantan (Home Base), Zon Tengah-Rejimen TUDM (Home Base) dan Zon Utara- Kolej Tentera Udara (Home Base) manakala penganjuran KS1K peringkat akhir akan diadakan di Pangkalan Udara Subang (Home Base).

Dalam majlis ini juga, turut berlangsung perasmian lagu karnival yang telah dicipta khas oleh anggota Pancaragam Pusat TUDM.