Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4110DSC 4108DSC 4083DSC 4143DSC 4344DSC 4359DSC 4366DSC 4472DSC 4483

GONG KEDAK, 9 Sep 17 - Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ke-10 No 11 Skuadron (Pesawat Sukhoi SU-30MKM) telah berlangsung di Hangar No 11 Skuadron, Pangkalan Udara Gong Kedak. Majlis dihadiri Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi Latihan Bersama (J3), YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Asisten Ketua Staf Materiel, YBhg Brig Jen Dato’ Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, YBhg Brig Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM. Ketibaan mereka telah disambut oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM dan Pegawai Memerintah No 11 Skuadron, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee@Rofie TUDM.

YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM melepaskan belon ke udara sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-10 Su-30MKM setibanya beliau ke Hangar No 11 Skuadron dan sesi bergambar untuk kenangan.

Majlis diteruskan lagi dengan Jamuan Makan Tengahari bersama Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi Latihan (J3) dengan Pegawai dan LLP No 11 Skuadron serta anggota yang pernah berkhidmat di No 11 Skuadron. Pegawai Memerintah No 11 Skuadron, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee@Rofie TUDM telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh tetamu jemputan dan anggota yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan pertunjukan udara oleh 4 buah Pesawat Sukhoi Su-30MKM yang mempamerkan kehebatan serta aksi pesawat Su-30MKM serta ketangkasan dan kecekapan juruterbang dalam mengendalikan pesawat berkenaan. Ini membuktikan Visi dan Misi No 11 Skuadron dalam TUDM untuk menjadikan sebuah skuadron yang efisien dan sentiasa siap sedia sebagai sebahagian dari kuasa udara yang dominan serta mempertahankan kedaulatan ruang angkasa Negara melalui operasi serangan yang strategik dan pertahanan udara yang berkesan.