Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 1274IMG 1275

LABUAN, 10 Sep 17 - Sambutan Hari Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung di Dataran Labuan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandanan Labuan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun. Markas Wilayah Udara 2 dan Pangkalan Udara Labuan telah dipilih sebagai penganjur bersama pada majlis tersebut.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, YBhg Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, yang turut dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 2 YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM, bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan di W.P Labuan.

Acara telah berlangsung dengan perarakan oleh 83 kontinjen terdiri dari Agensi kerajaan, badan berkanun dan penduduk setempat serta terbang lintas udara oleh sebuah pesawat F-18 Hornet. Kontinjen TUDM telah dinobatkan sebagai juara kategori pasukan beruniform jabatan dan Agensi kerajaan dengan wang tunai sebanyak RM 1000.00. Ucapan tahniah dan syabas kepada kontinjen TUDM.

Pihak Majlis Perbadanan Labuan telah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi TUDM kerana telah memberi bantuan dan sokongan dalam menjayakan acara tersebut. Secara keseluruhannya penglibatan TUDM telah memberi impak amat positif kepada warga setempat di W.P Labuan mengenai kewujudan TUDM khasnya dan ATM amnya.