Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8621DSC 8527DSC 8554 DSC 8631DSC 8661DSC 8724

KUALA LUMPUR, 6 Sep 17 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, selaku Kolonel yang DiPertua (KYDP) Kor Kesihatan DiRaja (KKD) berkenan merasmikan Persidangan Perubatan Ketenteraan Malaysia 2017 (PPKM 2017) dan menyampaikan Titah DiRaja bertajuk “Perubatan Ketenteraan” semasa persidangan berlangsung.

PPKM 2017 dianjurkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) sebagai sebahagian dari sambutan Ulang Tahun Jubli Emas KKD yang ke-50 pada 11 Mei 2017. Persidangan yang dijalankan selama dua hari ini dijalankan secara syarahan dan sesi soal jawab bersama 300 orang peserta. Turut diadakan adalah pameran aset-aset perubatan medan ATM, projek inovasi KKD dan poster akademik kesihatan.

Hadir sama semasa persidangan berlangsung adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM selaku Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Lt Jen Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Dato’ (Dr) Hj Ya’akop bin Koming serta pegawai-pegawai kanan ATM.