Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170901 WA0000IMG 20170901 163647IMG 20170901 163654IMG 20170901 163709IMG 20170901 163716

IMG 20170901 164053IMG 20170901 163637IMG 20170901 WA0001

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 17 - Sejarah laluan 60 tahun negara yang menakjubkan disajikan secara istimewa dan penuh nostalgia pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 di Dataran Merdeka hari ini.

Di sambutan ini menyaksikan, Perarakan Kontinjen TUDM yang diketuai oleh Lt Kol Mah Kok Leong TUDM tampil dengan memperagakan pakaian seragam TUDM yang pernah digunakan dahulu sehingga kini.

Antara mendapat perhatian adalah persembahan udara daripada TUDM apabila mempamerkan kebolehan akrobatik membentuk formasi 60 dengan menggunakan 20 pesawat PC7 MK II diketuai oleh Mej Patricia Yapp TUDM.

Aksi istimewa gabungan 11 agensi keselamatan dan penguatkuasa negara yang membentuk pasukan pancaragam terbesar hari ini juga menarik perhatian ramai, sekali gus menghiburkan para hadirin. Gabungan pancaragam diketuai oleh Ketua Pengarah Muzik Pancaragam Gabungan, Mejar Mohd Rizal Mohd Noor daripada TUDM.

Pesawat Nuri turut membuat penampilan khas dengan melakukan terbang lintas semasa perarakan masuk kenderaan yang membawa bekas juruterbang dan anak kapal Nuri sempena Ulang Tahun ke-50 tahun Nuri September ini. Antara pesawat TUDM lain yang terlibat melakukan pertunjukan udara adalah pesawat A400M, Su-30MKM, F/A 18D, C130H san EC725.

Acara sambutan yang tamat pada 10.40 pagi ternyata meninggalkan kenangan manis kepada hadirin yang dilihat enggan berganjak dari tempat duduk sambil tersenyum megah mengibarkan Jalur Gemilang.