Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170818 WA0016 IMG 20170818 WA0006IMG 20170818 WA0011IMG 20170818 WA0018IMG 20170818 WA0012

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 17 - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah bertemu dengan para atlet TUDM yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA 2017 di Perkampungan Kontijen Malaysia, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Kehadiran Panglima Tentera Udara untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada para atlet ini sekaligus telah menyemarakkan semangat juang para atlet TUDM untuk terus gigih bagi meraih kejayaan di temasya ini.

Seramai 23 atlet TUDM akan beraksi dalam pentas Sukan SEA 2017 bagi sukan Sepak Takraw, Pentanque, Kriket dan Tinju.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara telah merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada 3 atlet TUDM dari pasukan Sepak Takraw yang telah berjaya merangkul pingat emas bagi acara Chinlone Linking dan pingat gangsa bagi acara Same Stroke petang tadi.

Turut hadir mengiringi Panglima Tentera Udara adalah AKS Materiel, Brig Jen Dato Dr. Yunus bin Masjuki TUDM, Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM dan Timbalan AKS P&P, Brig Jen Dato' Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.

Semoga semua atlet TUDM akan terus berusaha dengan jayanya untuk mengharumkan nama Negara amnya dan TUDM khasnya di arena sukan.

TUDM merakamkan Selamat Maju Jaya kepada semua atlet kebangsaan!