Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170812 WA0073IMG 20170812 WA0079IMG 20170812 WA0077IMG 20170812 WA0072IMG 20170812 WA0057IMG 20170812 WA0061IMG 20170812 WA0055IMG 20170812 WA0059IMG 20170812 WA0065IMG 20170812 WA0071 IMG 20170812 WA0075IMG 20170812 WA0080IMG 20170812 WA0070IMG 20170812 WA0074IMG 20170812 WA0064

SHAH ALAM, 12 Ogos 17 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam Ke-36 bertempat di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Pentauliahan pada tahun ini melibatkan seramai 1,832 Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) yang terdiri daripada 755 Pegawai Kadet Lelaki serta 1,076 Pegawai Kadet Wanita daripada 18 UA seluruh negara. Seramai 33 orang kadet akan ditauliahkan sebagai Kadet Terbaik secara keseluruhan.

Upacara tahunan berprestij ini dimulakan dengan Istiadat Perbarisan diikuti dengann Istiadat Pengurniakan Watikah yang disempurnakan oleh KDYMM SPB YDP Agong Sultan Muhammad V di Dewan Agong Tuanku Canselor dan diakhiri dengan Santapan Tengahari di Intekma Resort. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.