Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170812 WA0025IMG 20170812 WA0027IMG 20170812 WA0028IMG 20170812 WA0029IMG 20170812 WA0030IMG 20170812 WA0032IMG 20170812 WA0033IMG 20170812 WA0034IMG 20170812 WA0035IMG 20170812 WA0036IMG 20170812 WA0038IMG 20170812 WA0040IMG 20170812 WA0041IMG 20170812 WA0043IMG 20170812 WA0044IMG 20170812 WA0046IMG 20170812 WA0048IMG 20170812 WA0049IMG 20170812 WA0050IMG 20170812 WA0051

Perbarisan Penganugerahan Battle Honour “DAULAT FEB 2013” diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Ogos 2017 (Jumaat). Perbarisan serta Pameran Statik ATM melibatkan seramai 2000 pegawai dan anggota ATM disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Perbarisan Penganugerahan ini adalah bersempena insiden berdarah pencerobohan pengganas di kawasan Pantai Timur Sabah khususnya di Lahad Datu pada 11 Febuari 2013 yang melibatkan pasukan keselamatan dalam melaksanakan OP DAULAT demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta. 

Penganugerahan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir ialah Yang Amat berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Johari bin Haji Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, Yang Bhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima panglima Perkhidmatan, Ahli-ahli Yang Berhormat Negeri Sabah, Pegawai-pegawai kanan ATM dan PDRM.

Konsep Perbarisan adalah merangkumi gabungan Istiadat dan Tempur. Perbarisan secara statik melibatkan 6 kontinjen Tempur terdiri daripada 2 Kontinjen TDM, 2 Kontinjen TLDM dan 2 Kontinjen TUDM serta 3 kontinjen Istiadat. Pegawai Perbarisan diketuai oleh Leftenan Kolonel Azmi bin Ali, Pegawai Memerintah Batalion Ke 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dibantu oleh Leftenan Komander Sabar Bin Mazlan TLDM dari Pusat Latihan Kapal Selam Pangkalan TLDM, Teluk Sepanggar dan Ajutan Perbarisan ialah Kapten Mohamad Zulkarnain bin Mohd Johari TUDM dari Pangkalan Udara Labuan serta Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah Pegawai Waren 1 Amir bin Hamzah dari Batalion ke 13
RAMD. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM dan Pancaragam Gabungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di bawah pimpinan Mejar Mohd Salleh bin Wahab TUDM. Setiap detasmen terdiri daripada 200 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Mejar Mohd Khairi bin Abdl Kabir bagi TDM, Leftenan Komander Neoh Chee Seong TLDM bagi TLDM , manakala Mejar Aizzam bin Shaari TUDM mengetuai detasmen TUDM.

Kontijen Istiadat terdiri daripada 3 kontijen iaitu dari TDM, TLDM dan TUDM diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Mohd Shauari bin Mat Piah. Antara pasukan yang telah mempunyai Panji-panji dan menerima penganugerahan mengikut perkhidmatan ialah 12 pasukan dari Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu 3 RAMD, 4 RAMD, 7 RAMD, 9 RAMD (PARA), 17 RAMD (PARA), 21 RAMD, 3 RRD, 7 RRD Mek, 8 RRD Mek, 9 RRD, 4 KAD dan 1 RAD (PARA), 3 pasukan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD SRI SEMPORNA, KD RAJAWALI dan KD PANGLIMA HITAM serta 9 pasukan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu No. 1 Skuadron, No.5 Skuadron, No. 6 Skuadron, No. 7 Skuadron, No. 14 Skuadron, No. 16 Skuadron, No. 18 Skuadron, No. 20 Skuadron dan Rejimen TUDM menjadikan jumlah keseluruhan adalah 24 pasukan. Selain itu juga, seramai 60 orang anggota ATM dikurniakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di atas penglibatan secara langsung sewaktu operasi ini.

Persembahan pentonmin yang mengisahkan pertempuran yang telah berlaku di Kampung Tanduo, di Tanjung Labian, dan di Tanjung Batu telah menggamitkan lagi suasana perbarisan pada malam itu. Persembahan yang di ketuai oleh Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah dan dibantu oleh Mejar Mohd Noor Bin Ishak melibatkan seorang pegawai dan 87 orang LLP.

Selain daripada perbarisan terdapat beberapa aktiviti lain yang diadakan, antaranya pameran statik berkonsepkan mempromosi ATM dengan mempamerkan aset-aset ATM, pameran promosi dan kerjaya ATM, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian oleh Kor Kesihatan Diraja (KKD), persembahan hiburan gabungan dari Badan Kesenian ATM, pertunjukkan Kawad Senyap TLDM, persembahan Pancaragam Pusat TUDM dan Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan drum line.