Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ADY 5012ADY 5027ADY 504164382fc4 dab7 41d3 8d6b d09f1e9b64982b90f4a3 2d99 4e1b 89aa bb0d9b6daec1580fd465 df80 4bc5 a04f 53d8a95a57a5956d5858 6eff 4829 8257 2f5844d33abf2bc4af42 875f 4ffb baeb ced4a9416f140ea8a157 0935 4db9 9083 d7b7e3ec03a6image1 20

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 17 – Pemerintah TUDB, Yang Mulia Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah telah melaksanakan lawatan kerja rasmi beliau ke Malaysia. Dalam rangka lawatan selama 2 hari mulai 9 hingga 11 Ogos 17, beliau telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. Hadir sama semasa kunjungan berlangsung Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama yang turut diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.

Yang Mulia Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar turut diberikan taklimat berkenaan organisasi TUDM sejurus selesai melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara. Taklimat tersebut dihadiri Timbalan Panglima Tentera Udara, Panglima Operasi Udara, Panglima Bantuan Udara dan AKS-AKS Bahagian.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan TUDB.