Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC9371 DSC9381 DSC9394 DSC9404 DSC9418 DSC9432

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 17 - Sebagai inisiatif mendapatkan aspirasi warga TUDM dalam mendokong Program Transformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D), satu sesi penerangan kepada Pegawai-pegawai Kanan TUDM terdiri daripada Panglima-panglima Pemerintahan, AKS-AKS Bahagian, Ketua Staf, Pengarah-pengarah dan Komander Pangkalan telah diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan.

Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan, Brig Jen Hj Zubir bin Mohamed bertujuan memberi pendedahan berkenaan 5 Nilai Teras TN50D yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan.

Diharapkan sesi penerangan seumpama ini berupaya memberi pendedahan dan diteruskan buat warga TUDM seiring usaha memastikan TN50D mencapai hala tuju yang ditetapkan.

Turut hadir Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.