Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170803 WA0015IMG 20170803 WA0017IMG 20170803 WA0021IMG 20170803 WA0018IMG 20170803 WA0019IMG 20170803 WA0023IMG 20170803 WA0029IMG 20170803 WA0020IMG 20170803 WA0028IMG 20170803 WA0024IMG 20170803 WA0026IMG 20170803 WA0027

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 17 - Satu majlis makan malam penghargaan telah diadakan di Royal Embassy Arab Saudi sempena lawatan rasmi Jeneral Abdulrahman Saleh Al-Bunyan, Chief of General Staff, Saudi Armed Forces ke Malaysia.

Majlis yang dihoskan oleh Kedutaan Arab Saudi dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohammad Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Dalam majlis tersebut seramai 22 orang pegawai ATM yang terlibat dalam Operasi YAMAN (Op YAMAN) telah diberikan penghargaan di atas bantuan sewaktu misi evakuasi rakyat Malaysia untuk keluar dari Yaman dan dibawa balik ke Malaysia dengan menggunakan pesawat TUDM. Sehingga kini, operasi ini masih lagi dilaksanakan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di sana.

Aset dan trup ATM sentiasa diletakkan di dalam keadaan bersiap sedia untuk diaturgerak bagi melaksanakan evakuasi sekiranya pergelokan berlaku. Selain itu, aset dan trup ATM yang berada disana turut melakukan latihan bersama Angkatan Tentera Arab Saudi bagi meningkatkan kerjasama di antara dua-dua Angkatan Tentera dalam pelaksanaan Operasi Gabungan (Bilateral).