Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

05c9faf1 1347 4c03 9d1e af7aa271d0d1IMG 20170731 WA0023IMG 20170731 WA0025IMG 20170731 WA0027IMG 20170731 WA0028IMG 20170731 WA0029IMG 20170731 WA0031IMG 20170731 WA0036IMG 20170731 WA0033IMG 20170731 WA0034IMG 20170731 WA0039IMG 20170731 WA0040IMG 20170731 WA0043IMG 20170731 WA0044IMG 20170731 WA0046IMG 20170731 WA0047IMG 20170731 WA0054IMG 20170731 WA0053

SERDANG, 31 Julai 2017 - Majlis Perasmian Perhimpunan Veteran ATM dan Pelancaran Tabung Pahlawan 2017 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) di Mines petang tadi.

Pada perhimpunan tersebut, YB Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan ucapan dan pengumuman yang memberi semangat dan inspirasi kepada Veteran ATM, antaranya:

BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN)
Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk Veteran ATM Tidak Berpencen yang juga penerima BR1M seramai 66,000 akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 seorang setahun dan 11,000 Veteran ATM Tidak Berpencen yang bukan penerima BR1M berumur 60 tahun ke atas pada 2017 menerima bantuan sebanyak RM600 setahun.

SKIM ANUITI VETERAN (SAVe)
Skim SAVe kepada anggota ATM yang memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh 21 tahun, merupakan insentif kewangan bulanan kepada bakal Veteran ATM Tidak Berpencen melalui caruman bulanan Kerajaan yang dilaburkan oleh LTAT.

PENCEN HILANG UPAYA BAGI VETERAN ATM YANG TIDAK MENDAPAT PENCEN PERKHIDMATAN
Kenaikan kadar Pencen Hilang Upaya antara 300% hingga 800% di mana penerima skim akan menikmati nilai pencen minima RM500 hingga RM2,000 maksimum sebulan.

INSENTIF VETERAN KELAINAN UPAYA TABUNG PAHLAWAN PVATM
Tambahan 100% sebanyak RM500, menjadikan RM1,000 untuk bantuan Insentif Veteran Kelainan Upaya (IKU) yang akan dibayar kepada penerima dua kali setahun.

KOUTA IBADAH HAJI VETERAN ATM
Penambahan kouta mengerjakan Ibadah Haji bagi Veteran ATM ditambah kepada 400 orang berbanding 100 orang pada tahun sebelumnya.

Hadir sama di perhimpunan ini Penaung Kempen Tabung Pahlawan, YABhg Datin Sri Rosmah Mansor; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tan Sri Noh Omar, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abd Rahim Radzi. Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.