Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170730 WA0011IMG 20170730 WA0018IMG 20170730 WA0024IMG 20170730 WA0014IMG 20170730 WA0026IMG 20170730 WA0015IMG 20170730 WA0022IMG 20170730 WA0025IMG 20170730 WA0028IMG 20170730 WA0029IMG 20170730 WA0030

SUNGAI BULOH, 30 Julai 2017 - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM mewakili Panglima Tentera Udara menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-52 Koperasi Tentera bertempat di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh Selangor. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YBhg Dato' Dr. Noor Zari bin Hamat; Pengerusi Koperasi Tentera, YBhg Mej Jen (B) Dato' Zulkiflee bin Mazlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, YBhg Brig Jen (B) Dato'Ahmad Zahudi bin Hj. Salleh.

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 ini juga , Koperasi Tentera (KT) turut menyampaikan Wang Pampasan Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) dan SkimMedic KT kepada beberapa penerima yang telah diluluskan. Untuk rekod dalam tahun 2016, pampasan yang telah dibayar kepada penerima yang layak dibawah skim-skim tersebut berjumlah RM 33.4 Juta (RM 19.5 Juta untuk Skim Takaful berkelompok Angkatan Tentera Malaysia dan RM 15 Juta untuk SkimMedic KT). Sebagai sebuah koperasi yang mementingkan kebajikan anggotanya, KT telah memperuntukkan sebanyak RM 2 Juta setahun untuk menjaga kebajikan anggotanya. Pada majlis perasmian ini, KT telah menyerahkan Sumbangan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) kepada anak-anak anggota KT yang cemerlang dalam peperiksaan dan Anugerah Terlama kepada anggota yang telah menganggotai KT melebihi 20 Tahun.

Diakhir majlis tersebut Panglima Angkatan Tentera, Timbalan Panglima Tentera Udara dan Panglima Perkhidmatan yang lain mengadakan sesi bergambar dengan semua penerima sumbangan.