Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170728 WA0029IMG 20170728 WA0025IMG 20170728 WA0024IMG 20170728 WA0034IMG 20170728 WA0046IMG 20170728 WA0049IMG 20170728 WA0077IMG 20170728 WA0081IMG 20170728 WA0084IMG 20170728 WA0086IMG 20170728 WA0087IMG 20170728 WA0090IMG 20170728 WA0092IMG 20170728 WA0093IMG 20170728 WA0094IMG 20170728 WA0095IMG 20170728 WA0096IMG 20170728 WA0097

KUALA LUMPUR, 28 Jul 17 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Majlis Santapan/Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Wisma Perwira ATM petang tadi.

Pada majlis itu, Kebawah DYMM Pemangku Raja Pahang telah disambut Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Kebawah DYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan memotong kek sebagai simbolik permulaan majlis. Selesai Majlis Santapan, Panglima Tentera Udara, mengadap, merafak sembah Kebawah DYMM Pemangku Raja Pahang bagi persembahan cenderamata.

Majlis santapan/jamuan ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan warga TUDM, selain tanda penghargaan kepada kesemua anggota TUDM dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan ruang udara Negara.

Pada majlis itu, hadirin disajikan dengan pelbagai makanan tradisional tempatan sambil diiringi persembahan Kombo Seni Udara.