Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2111c0ba ea6b 4e15 813b 1b033209876c4a7878a0 51df 4e00 a7f6 776689377cc97c97ac38 5490 467f b5e2 ae1f722f0d7cad3ab6cc d2bf 4670 b6e6 708fd9aea2c299f2b12c a363 4007 88a0 16a6de8115fd

KUALA LUMPUR, 25 Jul 17 - Pelancaran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di Perkasa Ballroom, Wisma Perwira ATM.

Pameran yang dijadual diadakan pada 16 hingga 19 April tahun depan akan menjadi satu platform yang besar dalam industri pertahanan dan keselamatan. Disamping membolehkan agensi kerajaan untuk mendapatkan pelan yang strategik ia turut membantu untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang baik antara negara yang terlibat.

Turut hadir semasa majlis pelancaran, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim dan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.