Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

434adcad aed5 42fc 8d8a ced016abdfd776f57f5b 8478 4646 8816 648b5a595a3b86826524 f4e1 4528 b1e2 e99aa0ef8e529098686c 5371 47d1 84da 281e1dd83d97328e9bbf 02a7 46e6 aa3e 93c1a47689c711a1b20b e32e 40bd 947b 75c76e3fbb0e8c87384c d6c9 45f3 9b61 f44aa3f7996c4d3dbdd3 a94e 4b79 b145 6a0aa238b41a0dbf8ef1 0d85 4e97 ba94 6b0ef9c093a1

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2017 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah diadakan di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Majlis dihadiri oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM dan Isteri Datin Sri Normah binti Mad Sap serta seluruh warga Jabatan dan Unit di bawah naugan MPOU. Penaung bagi majlis ini ialah Pengarah Kesiagaan Operasi MPOU, Kol Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM .

Majlis dimulakan dengan gimik pembukaan dimana Panglima Operasi Udara telah membelah sebatang Lemang sebagai tanda perasmian Majlis Jamuan Raya MPOU. Di majlis ini juga, seramai tujuh orang anggota dari MPOU yang telah dan akan menamatkan Perkhidmatan telah diraikan.

Majlis turut dimeriahkan dengan acara selingan seperti Anyaman Ketupat, Lipat Sampin, Pakaian Sedondon Keluarga dan lain-lain lagi. Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir oleh Panglima Operasi Udara dan isteri.