Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

dd573350 bbe1 4e7d ba45 5e6897a67dbd5fca29fc 5e18 4063 a62a 3ec4d500149ead264f62 36e3 4966 b58e 4e0cd0aadb80f29bb054 042f 473d 8605 b6e5948fa9ea41d599fb e109 4217 8464 9aa324568aaadc54cfc2 61ff 4f7c a4d2 b281050b25eacb884052 6c69 4599 900f 4dcbe0d46627ef734e43 2f8c 443d b324 0966a54c231ee5a20260 1c5c 43bc afe4 60286c5d3b4b

ALOR SETAR, 21 Jul 17 – Majlis Penutup Summer Camp Siri 4/17 Program Remaja Berwawasan (PRB) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah dilaksanakan di Kolej Tentera Udara,Kepala Batas Alor Setar. Program ini telah melibatkan 200 orang pelajar yang berusia 16 tahun ke atas. Peserta yang terpilih terdiri daripada pelajar 10 buah sekolah di Negeri Kedah. Jurulatih bagi aktiviti Summer Camp ini telah melibatkan 12 orang Jurulatih TUDM/TDM, 18 orang Jurulatih PDRM dan 20 orang guru sekolah. Turut hadir di majlis penutupan ini Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Brig Jen Hj Zubir bin Mohamed dan wakil Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Hj Marzuki bin Hj Daud.

Program Remaja Berwawasan ini merupakan inisiatif keempat di bawah National Blue Ocean Strategy 8 (NBOS 8) Uniformed Policing 2, yang bertujuan menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Tiga agensi utama yang terlibat dalam melaksanakan program NBOS 8 ini adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bahagian Perkhidmatan Anggota - Jabatan Arah Didik (DIDIK) merupakan pemegang inisiatif program manakala Kolej Tentera Udara telah dipertanggungjawabkan sebagai penganjur program dengan bantuan Markas Tentera Udara – Bahagian Operasi Strategik (BOS) sebagai koordinator di peringkat perkhidmatan. Peruntukan kewangan bagi program ini disalurkan kepada penganjur melalui National Startegic Unit (NSU) yang diuruskan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) dan BPA-Didik.

Program Summer Camp PRB diadakan bermula 17 Hingga 21 Jul 17. Sepanjang tempoh program ini dijalankan para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti membina seperti pengenalan merempuh halangan, pertandingan futsal, larian bendang, senaman pagi, ceramah motivasi, kaunseling dan malam kebudayaan. Para peserta program juga turut dibawa melawat ke Pusat Latihan Terbang 1 dan 2, Bomba Udara dan perkampungan ikhtiar hidup.