Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

13245

KUALA LUMPUR, 18 Jul 17 - Pemangku Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah merasmikan Laman Sesawang Pengurusan Kontrak-Kontrak TUDM yang berlangsung di Markas Tentera Udara hari ini.

Inisiatif menghasilkan laman sesawang ini adalah selaras dengan kehendak pucuk pimpinan TUDM bagi menentukan semua kontrak berkuatkuasa setiap masa. Ia akan digunakan oleh pentadbir dan semua pengurus-pengurus kontrak TUDM.

Ini merupakan satu kejayaan bagi pihak TUDM dalam proses pewujudan polisi pelaksanaan, perancangan dan pengurusan kontrak-kontrak TUDM secara dalam talian.