Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Jul 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170706 WA0058IMG 20170706 WA0043IMG 20170706 WA0038IMG 20170706 WA0034IMG 20170706 WA0028IMG 20170706 WA0021WhatsApp Image 2017 07 06 at 19.06.32

SUBANG, 6 Jul 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Mutiara PERNAMA di Pangkalan Udara Subang hari ini. Perasmian Kompleks Mutiara PERNAMA ini telah dilaksanakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein. Turut hadir di majlis ini Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan Warga TUDM.

Kompleks Mutiara PERNAMA Pangkalan Udara Subang merupakan rangkaian Kompleks PERNAMA yang ke-5 dibina bagi kemudahan warga ATM. Kedai PERNAMA sedia ada yang wujud sejak tahun 2005 telah dinaiktaraf untuk keselesaan dan kemudahan pelanggan-pelanggan yang terdiri warga Pangkalan Udara Subang. Ia juga sebagai persediaan pihak PERNAMA untuk menampung pertambahan keluarga di pangkalan ini selepas penutupan sepenuhnya Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Majlis perasmian ini turut menyaksikan penyerahan dividen 2016 daripada PERNAMA kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM55 juta dan sumbangan tahunan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) sebanyak RM500 ribu.