Kemaskini Terakhir: Selasa,30 Mei 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6679DSC 6683DSC 6707DSC 6819DSC 6826DSC 0271

SUBANG, 18 Mei 17 – Seramai 219 orang pegawai dan anggota LLP telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) TUDM Peringkat Zon Tengah II bagi tahun 2016 yang diadakan di Dewan Ababil, PU Subang hari ini. Calon-calon yang dipilih terdiri daripada pegawai dan anggota daripada pelbagai ketukangan dan lapisan pangkat yang berkhidmat di PU Subang, Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Rejimen TUDM, INSMAT, RPS Sg. Buloh serta Unit-unit lojer di PU Subang.

Semua penerima menerima Sijil Khidmat Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1000.00 yang diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Upacara penyampaian sijil Anugerah Khidmat Cemerlang ini disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan diiringi oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM. Turut hadir di majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Ketua Staf Operasi Markas Wilayah Udara 1, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM, Pegawai-pegawai kanan TUDM dan anggota-anggota LLP dari PU Subang.