Kemaskini Terakhir: Selasa,30 Mei 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6156 2DSC 6217

DSC 6280DSC 6156

KAJANG, 18 Mei 17 - Majlis Pelancaran Pengkomersialan Produk STRIDE hari ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum dan turut disertai oleh KSU Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Seri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Ketua Pengarah STRIDE, Dr. Asri bin Abd Ghani; Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin serta pegawai-pegawai pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Di majlis itu juga turut menyaksikan upacara menandatangani Nota Kerjasama bersama MOSTI dan Kontrak Pengujian bersama DEFTECH serta Perjanjian Pengkomersialan bersama rakan-rakan strategik dari industri pertahanan.

Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan merupakan sebuah jabatan yang berorientasikan penyelidikan dan pembangunan pertahanan di samping membekal dan menyediakan kepakaran serta sokongan teknikal kepada Angkatan Tentera Malaysia.