Kemaskini Terakhir: Selasa,30 Mei 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

37f2a029 976d 4450 bbde a43ce22bb65b86d93ab8 297f 4d36 9110 3c7be4e44d72

3913ddf8 e88a 4581 b8bd 1381c302cfbe399510b6 b638 461a b6ea 453bbc9d5067

BUTTERWORTH, 14 Mei 17 – Pangkalan Udara Butterworth telah menerima kunjungan krew anak kapal daripada China People’s Liberation Army (PLA) Navy Task Group 150 (NTG150).

Ketibaan delegasi seramai 15 orang yang diketuai oleh Lt Kdr (Navy) Yang Yang disambut di hadapan Markas Pangkalan oleh Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM selaku Pemangku Komander Pangkalan bersama lain-lain Pegawai Memerintah Skn-Skn dan Ketua-Ketua Cawang.

Lawatan yang berkonsepkan perlawanan bola sepak persahabatan telah berjaya menjalinkan hubungan akrab antara dua negara khususnya antara pihak pangkalan dan kepada ATM/ TUDM secara amnya.

Para delegasi telah dibawa terus ke Padang Bola Sepak Pangkalan pada jam 8.20 pagi bagi meneruskan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak pangkalan. Seramai 16 orang pemain dari pangkalan telah digabungkan dengan 14 orang pemain dari NTG150 di dalam dua kumpulan yang memakai jersi kuning dan jersi biru. Ini bermakna Pasukan Jersi Kuning terdiri daripada 6 orang pemain pangkalan dan 5 orang pemain NTG150. Manakala Pasukan Jersi Biru pula terdiri daripada 6 orang pemain pangkalan dan 5 orang pemain NTG150 bagi membentuk 11 orang pemain dalam setiap pasukan.

Perlawanan yang ditetapkan dalam tempoh 20 minit separuh masa pertama, 5 minit rehat dan 20 minit separuh masa kedua’ telah bermula pada jam 8.45 dan berakhir pada jam 9.30. Perlawanan telah dimenangi oleh Pasukan Jersi Biru dengan jaringan 4 berbalas 2. Sikap persepakatan dan keserasian antara pasukan telah mengukuhkan lagi pasukan masing-masing untuk berusaha mencari kemenangan.

Di dalam ucapan penutup semasa di majlis jamuan, Pemangku Komander Pangkalan telah melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran krew NTG150 melawat ke pangkalan. Meskipun tempuh berlabuh yang singkat diharap mereka dapat mengunjungi lain-lain tempat yang menarik di Pulau Pinang mengikut program yang dirancang.

Manakala Ketua Delegasi NTG150 pula telah menyampaikan ucapan balas dengan mengucapkan terima kasih di atas persiapan pangkalan menerima kunjungan mereka bagi merapatkan lagi persahabatan antara dua negara. Beliau berharap dengan lawatan persahabatan ini pasukan dari TUDM boleh mengadakan lawatan persahabatan yang sama ke negara mereka pula.

Sesi lawatan telah diakhiri dengan pertukaran cendera mata dari kedua-dua negara sebagai kenangan lawatan kali ini.