Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 WAN4519 WAN4525 WAN4535 WAN4542

KUALA LUMPUR, 9 Mei 17 – Majlis Pelantikan Pegawai Waran TUDM Ke-8 telah diadakan di KRTU, Pangkalan Udara Subang. Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan upacara perlantikan PW TUDM ke-8 kepada PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar.

Pemilihan PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar sebagai Pegawai Waran TUDM adalah berdasarkan kepada penilaian pihak pengurusan tertinggi TUDM terhadap kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, ciri-ciri kepimpinan yang mantap, personaliti yang menarik, pengalaman yang meluas khususnya dalam aspek latihan dan akademik ketenteraan serta nilai-nilai murni yang dimiliki oleh beliau. Pegawai Waren TUDM adalah merupakan jawatan yang tertinggi dari kalangan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang juga bertindak sebagai pemimpin terkanan bagi kalangan anggota-anggota LLP TUDM.

Pegawai Waran TUDM akan bertanggungjawab secara terus kepada Panglima Tentera Udara sebagai penasihat dalam espek yang membabitkan hal ehwal anggota lain-lain pangkat. Pegawai Waren TUDM juga adalah merupakan contoh tauladan (Role Model) kepada anggota-anggota LLP khususnya dalam aspek disiplin ketenteraan dan kerjaya disampin mengambil berat terhadap kebajikan bagi setiap peringkat anggota LLP khasnya.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Hj Abdul Mtalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.