Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 WAN4885 WAN4888 WAN4900 WAN4913 WAN4918 WAN4925 WAN4933 WAN4943 WAN4949 WAN4954 WAN4960

KUALA LUMPUR, 9 Mei 17 – Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi TUDM adalah merupakan acara tahunan di dalam kalendar Inovasi TUDM. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada Markas, Bahagian, Pangkalan, Unit serta warga TUDM yang telah menampilkan pencapaian terbaik di dalam menghasilkan Inovasi masing-masing.

Pengiktirafan ini selaras dengan agenda kerajaan yang sedang melangkah ke arah tranformasi di mana TUDM turut mengambil pendekatan inovatif dan kreatif menghasilkan sesuatu yang boleh memnawa kebaikan kepada TUDM sendiri dan juga kepada Negara. Ini juga selaras dengan konsep Air Force - Next Generation yang turut menitikberatkan daya inovatif dan kretif di kalangan warga TUDM.

Pemenang-pemenang pada majlis tersebut akan mewakili TUDM ke pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) 2017 yang akan dianjurkan kelak. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

1. Kategori Pengurusan Projek :
Johan : PUSPEKA – Smart Broadcasting For Humanitarian Assistance & Relies Program (SHARP).
Naib Johan : Skn 310 – Voice Ping Box (VPB).
Tempat Ketiga : MTU-KOMPLEK – Integrated Data Cable for Communication (IDAC).

2. Kategori Pengurusan Sumber Manusia :
Johan : MTU-Perkhidmatan - Psychological Personnel Operational Readiness Test (Psy POR).
Naib Johan : MTU-Perkhidmatan - e-Penyata Rekod dan Bantuan Kebajikan (e-PRK).

3. Kategori Pengurusan Kewangan :
Johan : Cwg Materiel PU Kuala Lumpur - Senarai Semak Dokumen (SSD).
Naib Johan : Cwg Materiel PU Subang - Personnel Logistic Accounting System (PLAS).

4. Kategori Pengurusan Pelanggan :
Johan : PSP - Computerize Observation Military Battle Awareness Trainer (COMBAT).
Naib Johan : ITAS - Smart Emergency Identification & Zone Access Connection (Smart EID-ZAC)
Tempat Ketiga : Cwg Materiel KTU - Smart and Efficient Tyre Rack
(Smart ETR).

5. Kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi :
Johan : MTU - KOMLEK - Duty Rotation Assignement System (DRAS’s).

Hadiah-hadiah untuk setiap kategori disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Johan setiap kategori memperoleh trofi AITUDM dan wang tunai berjumlah RM1500.00, naib johan memperoleh wang tunai berjumlah RM1.000.00 manakala pemenang tempat ketiga memperoleh RM750.00.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Hj Abdul Mtalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.