Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Jun 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0136DSC 0157DSC 0217DSC 0257DSC 0286

KUALA LUMPUR, 17 Apr 17 - Warga Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam aktiviti rasuah boleh diibaratkan sebagai pengkhianat serta penderhaka kepada bangsa dan negara.


Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas, Y.B Hishammuddin Tun Hussein menyatakan gejala tidak bermoral ini bukan sahaja menjatuhkan maruah dan integriti seseorang malah boleh memberi kesan kepada keselamatan negara. Menurut beliau Kementerian Pertahanan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan kementerian tersebut termasuk golongan profesional atau staf sokongan yang terlibat dalam kegiatan rasuah.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan 2017.


Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Y.B Dato’ Wira Mohd Johari Baharom, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Panglima-panglima Perkhidmatan ATM.