Kemaskini Terakhir: Jumaat,28 Apr 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170413 WA0098IMG 20170413 WA0085IMG 20170413 WA0089IMG 20170413 WA0070IMG 20170413 WA0071IMG 20170413 WA0072IMG 20170413 WA0078IMG 20170413 WA0080IMG 20170413 WA0084

IPOH, 13 April 17 - Majlis Pelancaran Handbook Tadbir dan Majlis Penutupan Seminar Pegawai Eksekutif Cawang Tadbir 2017 telah diadakan di Dewan Rajawali Institut Latihan Tentera Udara, Ipoh dan disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM mewakili Timbalan Panglima Tentera Udara. Seminar ini dilaksanakan bermula 11 hingga 13 Apr 17 yang dipengerusikan oleh YBhg Brig Jen Ismail bin Manuri TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir serta dihadiri oleh 54 peserta seminar dikhususkan kepada Pegawai–pegawai Kanan Cawang Tadbir, Pegawai PS 1 Tadbir di Markas–markas Pemerintahan dan Ketua–ketua Cawang Tadbir dari Pangkalan–pangkalan TUDM.

Sebanyak 7 resolusi pembentangan kertas kerja mengenai isu-isu berkaitan dengan Cawang Tadbir dan memperkasakan AFNG telah dikemukakan dan diperbincangkan. Resolusi ini juga telah menetapkan strategi dan inisiatif awal bagi memperkasakan Pegawai Tadbir generasi baru dalam meningkatkan pengetahuan dengan lebih cepat, pantas dan mematuhi piawaian yang mengikut peraturan semasa. Seminar ini berjaya mencapai objektif dan mampu mencapai imej TUDM dengan berusaha merealisasikan resolusi yang diputuskan untuk menjadikan Cawang Tadbir “to be seen and to be felt”.