Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

41547b23 6e76 4f53 bb27 5d5d1ae4b052d0afdcce 8b25 4d5d 9862 cbbded9dc92bd52e9aa6 7d08 47a6 867a c7c66ed5deb1

LANGKAWI, 19 Mac 17 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, telah menyambut ketibaan Tim Aerobatik Russian Knights. Tim aerobatik ini telah berlepas dari Hanoi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada lebih kurang jam 1530 hari ini. Tim Aerobatik Russian Knights akan turut menyertai pertunjukan udara LIMA ’17.Turut menemani Panglima Tentera Udara adalah Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.

Pertunjukan udara LIMA’ 17 pada kali ini pastinya akan mempertontonkan pertunjukan udara yang akan memukau pengunjung dan penonton. Selain Russian Knights, tim aerobatik Jupiter dari Indonesia dan Tim Black Eagles dari Korea Selatan turut akan mempersembahkan aksi mereka. TUDM juga akan memberikan pertunjukan solo aerobatik dengan aksi pesawat Su-30 MKM dan F/A-18D yang bakal menggegarkan ruang angkasa Langkawi.