Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

17361556 1467924833218360 4941777368249563037 n17353369 1467924723218371 2285399804490132680 n17309844 1467924649885045 3776510479254229190 n

KUALA LUMPUR, 18 Mac 17 - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad Ke V yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selaku Pegawai Tabik Hormat telah menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan Angkatan Tentera Malaysia 2017 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi.


Pegawai Kadet yang ditauliahkan seramai 339 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan terdiri daripada 194 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 48 Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 97 Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka telah berjaya menamatkan pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan telah mengikuti latihan ketenteraan bagi empat hingga lima tahun hinggalah ditauliahkan dalam istiadat yang penuh gemilang ini.

 

Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia; Yang Berhormat Datuk Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Berbahagia Dato’ Sri Abd Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera; Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat; Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut; Yang Berbahagia Jeneral Dato' Sri Haji Affandi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara; Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Haji Mohd Adkhaa bin Haji Solahuddin TUDM, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan dan Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia.