Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9814DSC 9825

DSC 9850DSC 9896

KUALA LUMPUR, 14 Mac 17 – Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao 11 (TPA-M11) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor bertempat di Kompleks Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

TPA-M11 yang diketuai oleh Mej Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain telah mengambil alih tugas dari TPA-M10 pada 14 Mac 2016. Misi TPA-M11 adalah untuk memantau gencatan senjata di antara Kerajaan Filipina dan MILF sejajar dengan syarat-syarat perjanjian damai terkini bagi mewujudkan keamanan yang kondusif dan pembangunan di Mindanao, Filipina.