Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0009 1DSC 0158 1DSC 0198DSC 0216DSC 0186

KUALA LUMPUR, 9 Mac 17 – Markas Wilayah Udara 1 telah menganjurkan Latihan Menembak Pistol Siri 1/17 di Lapangsasar Pistol PU Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 Mac 17 yang turut disertai oleh POTU, EWSC dan PU Kuala Lumpur.

Latihan ini merupakan salah satu aktiviti yang telah direncana bagi tahun 2017 malah turut diserikan dengan kehadiran Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta Jen (B) Tan Sri Nik Ismail bin Nik Mohammed TUDM.

Penembak Terbaik bagi Latihan Menembak Pistol Siri 1/17 telah dinobatkan kepada Kapt Abdul Rahman TUDM manakala Kumpulan Tembak Piring Terbaik telah disandang oleh Kumpulan The Ketunggeng yang dibarisi oleh Lt Kol Effendi TUDM dan Kapt Abd Rahman TUDM.