Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 WAN7949 WAN7967

 WAN7991 WAN8004

KUALA LUMPUR, 9 Mac 17 – Seramai tiga (3) orang pegawai kanan TUDM telah dinaikkan pangkat di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.

Mendahului senarai, Kol Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM telah dinaikkan pangkat ke pemangku Brig Jen TUDM berkuatkuasa 5 Mac 17. Manakala Lt Kol Hasnol Hisham bin Abu Hassan TUDM pula dinaikkan pangkat ke pemangku Kol TUDM mulai 5 Mac 17. Seterusnya, Mej Ed Sam bin Ribut TUDM dinaikkan ke pangkat pemangku Lt Kol TUDM berkuatkuasa 6 Feb 17.

Majlis yang berlangsung di Markas Tentera Udara ini turut dihadiri oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.