Kemaskini Terakhir: Khamis,23 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8c50c94c beb0 4c72 909d 07d2dcb5d4330f1ff4ef cb75 4464 97de b5c0ec2f168f70bf26ac 21dd 400d a1f7 41027d0b74da96fb551b 997d 4948 883b 7347659df56c47207a0c 5c6e 423f 9bf5 91dc4e9d89cda77b357d f493 4c1d b650 feb32f01592fe3e76a21 f14f 42dc 8822 68140ad64a2ea78636b4 9de0 4d19 ae96 735252aa61ebd66821e2 9f81 448a 8e91 f0c09d6e1a8d

Satu elemen mencari dan menyelamat LIMA’ 17 telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mac 2017 di Langkawi, Kedah. Eksesais ini telah dianjurkan bersama di antara Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang turut melibatkan agensi-agensi awam yang lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi lain yang bersangkutan.

Eksesais ini adalah meliputi 2 elemen latihan yang utama bagi pengoperasian Search and Rescue (SAR) di peringkat maritim (Water SAREX) dan pengoperasian kecemasan di kawasan daratan (Land SAREX) bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kesiagaan semua agensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan insiden yang melibatkan pesawat samada di udara, laut atau darat semasa Pertunjukan Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA’17).

Agensi-agensi yang terlibat sepanjang Eksesais SAREX LIMA’15 adalah seperti berikut:

Tentera Udara Diraja Malaysia
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Laut Malaysia
Majlis Keselamatan Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia
Pejabat Daerah Langkawi
Malaysia Airport Holding Berhad
Lembaga Pembangunan Langkawi
EN Projects
Malaysia Airlines Berhad
Air Asia Berhad
Air Asia X Berhad
Malindo Airways Sdn Bhd
Telekom Malaysia
SAPURA Berhad
Resort World Langkawi
Lain-lain agensi Kerajaan dan korporat.

Objektif Perlaksanaan Eksesais adalah seperti berikut:

1. Menilai keberkesanan koordinasi AEP dan prosedur komunikasi antara agensi yang terlibat.

2. Menguji dan menilai keberkesanan prosedur koordinasi dan komunikasi melibatkan tugas mencari dan menyelamat masa kini.

3. Menguji, menilai dan menambahbaik Standard Operational Procedure (SOP) dan manual sedia ada yang digunakan semasa berhadapan dengan situasi kemalangan udara.

4. Meningkatkan keberkesanan tindakbalas bantuan/kerjasama dari pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

5. Menguji keberkesanan bantuan dan sokongan logistik untuk operasi mencari dan menyelamat.

Aset-aset yang terlibat sepanjang Eksesais SAREX LIMA’17 adalah seperti berikut:

1. TUDM : 1 x Helikopter EC 725

2. TLDM : 1 x Kapal KD Kinabalu
                 1 x Bot Tempur CB90

3. Bomba & Penyelamat : 2 x Jet Ski
                                         2 x Bot Aluminium
                                         1 x Bot Kevlar

4. APMM : 1 x Helikopter AW 139
                 1 x Bot Penyelamat 5
                 1 x Bot Petir 81
                 1 x Kapal Sugut

5. Jabatan Laut : 1 x Kapal Katamaran
                           1 x Vessel

6. PDRM : 1 x Vessel

Eksesais ini turut dihadiri oleh YBhg Brig Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM selaku Ketua Eksesais bagi melihat sendiri koordinasi yang dijalankan diantara agensi dalam melakukan misi mencari dan menyelamat ini.