Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

15966108 1239915506096093 2660163051722100755 n15966141 1239915559429421 7849448335575449748 n15977122 1239915832762727 6866673578303809374 n15965287 1239982509422726 6334053686325337444 n15941182 1239982716089372 6405950459216136622 n15871864 1239982849422692 1534258416034477911 n15941163 1239916066096037 8736774241101331319 n

BANTING, 11 Jan 17 - Istiadat Perbarisan sempena Persaraan Mej Jen Datuk Zaharin bin Ahmad TUDM telah diadakan dengan penuh Istiadat Ketenteraan yang berlangsung di Rejimen TUDM Bukit Jugra.

Perbarisan ini terdiri seramai 15 Pegawai dan 161 Anggota LLP yang diketuai oleh Mej Shamsor TUDM.

Turut hadir bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai dan anggota-anggota TUDM yang lain.

Dalam Istiadat Perbarisan sempena persaraan Mej Jen Datuk Zaharin bin Ahmad TUDM, beliau bersama isteri telah diberi penghormatan terakhir oleh warga TUDM dengan menggunakan kenderaan 4x4 Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDM yang hadir telah membuat street lining di sepanjang laluan di Rejimen TUDM, Jugra bagi mengiringi Mej Jen Datuk Zaharin bin Ahmad TUDM.

Bagi pihak pucuk pimpinan tertinggi serta seluruh warga TUDM merakamkan ucapan Selamat Bersara dan Semoga Terus Maju Jaya kepada YBhg Mej Jen Datuk Zaharin bin Ahmad TUDM di atas jasa bakti yang telah ditaburkan sepanjang tempoh 41 tahun perkhidmatan di dalam TUDM khasnya. Jasamu Dikenang.