Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ADY 0207ADY 0264ADY 0360ADY 0387ADY 0464ADY 0483ADY 0524ADY 0551ADY 0584ADY 0672

KUALA LUMPUR, 4 Jan 17 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengambil tabik hormat dari 3 pegawai dan 104 anggota Kawalan Kehormatan Utama bersama panji-panji dari Rejimen TUDM yang didirikan di Medan Perbarisan Kementah yang diketuai oleh Mej Mohd Syafik bin Saadun TUDM.

Kawalan Kehormatan Utama ini adalah merupakan penghormatan pertama yang diberikan oleh warga TUDM kepada Panglima Tentera Udara ke-18 dalam satu istiadat ketenteraan yang penuh gemilang pada hari ini.

Seterusnya, Panglima Tentera Udara Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Tertinggi TUDM di Auditorium Wisma Pertahanan. Upacara Serah Terima Tugas ini adalah membabitkan peralihan kuasa bagi jawatan Panglima Operasi Udara di antara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (Serah) dan Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM (Terima). Turut berlangsung adalah peralihan kuasa bagi jawatan Panglima Bantuan Udara di antara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM (Serah) dan Leftenan Jeneral Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM (Terima).

Peralihan kuasa bagi jawatan-jawatan tersebut sekali gus bakal menyaksikan kesinambungan kecemerlangan TUDM dalam memikul peranan dan fungsi yang telah dipertanggungjawabkan.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara ke-18, Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut menyampaikan amanat Perintah Ulung Panglima Tentera Udara kepada semua peringkat warga TUDM untuk dihayati dan dilaksanakan secara bersama dengan jayanya.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Bantuan Udara Leftenan Jeneral Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM, Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai dan anggota-anggota TUDM.