Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

c905a80c a257 40b3 84b2 96de657cf37385dafaaf 18fd 4671 bc0c 3bc45cf7f0ae6a654966 8aec 41c1 95ae e65fca7dbc608af0bbe9 176a 4225 9313 8cf6adf86327603a90b3 b19b 4d85 9992 29c6f149b2ff200d3497 f527 49dc 8c0f 9e3b0f81b7b6659f9237 73c7 48e9 a02c 2f7f786858f8e400ad36 8d9d 4c91 918c 5de77fb6640651004acf d120 4f51 acb3 e4fd771e2220

KUALA LUMPUR, 30 Dis 16 – Sambutan Karnival Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pertahanan yang bermula sejak semalam telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum di Masjid Khalid Al-Walid hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan semasa majlis perasmian telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 60 orang kanak-kanak asnaf ATM bagi meringankan beban dalam memulakan sesi persekolaha tidak lama lagi. Beliau juga turut menyerahkan Jubah dan Kitab Tafsir Al-Quran kepada Imam dan Masjid ATM daripada peruntukan Khas Menteri Pertahanan bagi tahun 2016 serta merasmikan Pusat Khidmat Pelanggan Masjid Khalid Al-Walid.

Sepanjang karnival ini berlangsung, pelbagai pengisian aktiviti keagamaan dan kekeluargaan diadakan antaranya adalah jualan-jualan, forum bicara keluarga sakinah, solat subuh dan dhuha perdana, tazkirah jumaat/khutbah khas, ceramah kesihatan, pidato/azan/tilawah Al-Quran kanak-kanak, persembahan nasyid, ceramah Maulidur Rasul dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Hadir di majlis perasmian ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Timbalan Panglima Tentera Udara, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Kementerian Pertahanan serta lebih kurang 2000 warga Kementerian Pertahanan.