Kemaskini Terakhir: Jumaat,28 Apr 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ADY 0230ADY 0314ADY 0321ADY 0375ADY 0468ADY 0522ADY 0538ADY 0566ADY 0614ADY 0667ADY 0684ADY 0808

SUNGAI BESI, 16 Nov 16 – Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XIV merupakan satu Istiadat penuh ketenteraan yang diadakan sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong Ke-XIV. Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih kepada Baginda Tuanku adalah merupakan tanda penghormatan serta ketulusan hati warga ATM merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

Dengan keizinan yang Maha Esa dan berkat naugan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, ATM telah melakar banyak kemajuan dalam pelbagai lapangan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku. Hasilnya, ATM kini semakin disegani sebagai sebuah perisai negara yang kredibel, relevan dan dinamik.

ATM mempersembahkan Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong hari ini bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Ketibaan Dif-Dif kenamaan serta Pegawai-Pegawai Tertinggi ATM.

Perbarisan pada hari ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi bin Othman dan melibatkan seramai 22 pegawai dan 541 anggota Lain-lain Pangkat serta 5 panji-panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja dan Tentera Udara Diraja Malaysia.