Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

KUALA LUMPUR, 26 Okt 16 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli ke Istiadat Konvokesyen Ke-7 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Dewan Tun Templer, Kem Sg.Besi. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bagi mewakili Panglima Tentera Udara.

Istiadat Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada hari ini menganugerahkan 4 ijazah doktor falsafah, 9 ijazah sarjana dan 563 ijazah sarjana muda. Tahun ini juga mencatat sejarah manis apabila graduan sulung dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan seramai 34 orang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan.

Pada Istadat Konvokesyen ini juga, 4 orang individu yang banyak berjasa kepada negara juga dianugerahkan ijazah kehormat doktor falsafah dan ijazah kehormat sarjana iaitu Jen Dato' Seri Diraja, Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin yang menerima ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Pertahanan, Tan sri Dato' Hashim bin Meon yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Komputer; Brig Jen Dato' Dr. Samsudin bin Hussain yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Perubatan Dan Kesihatan Pertahanan, dan Brig Jen Dato' Pahlawan Mohd Tairobi bin Abd Razak yang menerima Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Pertahanan.