Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PEGAWAI WANITA TUDM PERTAMA

WhatsApp Image 2017 05 15 at 09.06.51

 

HARI INI DALAM SEJARAH

Mej Wan Fatimah binti Abdul Latiph (Bersara) dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pada 23 Jun 1950. Beliau menamatkan pendidikan tingkatan 6 di Vanto, Petaling Jaya pada tahun 1970. Merupakan seorang guru sementara di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Ayer Panas, Setapak sebelum menyertai TUDM. Demi minat untuk berkhidmat di dalam pasukan beruniform dan sokongan padu daripada ahli keluarga, beliau telah menyertai Pasukan Simpanan Sukerala (PSS) TUDM pada 15 Jun 1972. Pengambilan tersebut merupakan pengambilan pertama bagi pegawai wanita dalam TUDM.
Berlandaskan ciri-ciri seorang pegawai yang dimiliki, beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai PSS TUDM dengan pangkat Leftenan Muda Udara di dalam Cawang Urusetia pada 15 Jun 1972 selama 3 tahun. Setelah tamat latihan asas ketenteraan, beliau bertugas di 101 Flight sebagai Pegawai Staf 3 (Udara), Anggota B di KEMENTAH pada 21 Oktober 1972.
Pada 15 Jun 1974, beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Udara dan kemudian ditukarkan ke TUDM Kuala Lumpur, Sungai Besi sebagai Ajutan mulai 1 Mei 1976. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Kapten Udara pada 15 Jun 1978 dengan memegang jawatan yang sama.
Pada 1 Oktober 1980, beliau telah ditukarkan ke Markas Bantuan Udara dan ditugaskan sebagai Pegawai Tadbir. Keikhlasan dan kesungguhannya untuk berkhidmat kepada TUDM, telah memberi kepercayaan kepada pihak atasan untuk beliau ke pangkat Mejar pada 15 Jun 1983. Beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan pada 14 Jun 1989 dengan tempoh perkhidmatan selama 17 tahun.