Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUANTAN, 20 Jul 16 – Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkonsepkan rumah terbuka yang diadakan di Dewan Seri Angkasa. Majlis tersebut merupakan hasil gabungan koordinasi serta kerjasama diantara pihak Pangkalan dan juga pihak kontraktor.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini agak istimewa berbanding tahun-tahun lalu kerana pihak kontraktor telah diberi peluang untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan dan juadah enak. Gerai makanan yang dikendalikan oleh kontraktor ATSC telah dinobatkan sebagai Gerai Tercantik bagi majlis ini.

Antara tetamu-tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Staf Operasi, Brig Jen Dato' Hj Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM, Ketua Staf Bantuan, Pengetua SMK Seri Panching dan Ketua Polis Daerah Kuantan.

Bagi mengekalkan tradisi sambutan hari raya,Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Hj Yazid bin Hj Arshad telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak tetamu yang hadir pada majlis ini. Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan iringan lagu-lagu raya olehAirwave Banddari Wisma Bintara dan Kumpulan Dikir Barat dari Wisma Ahli Udara.