Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUANTAN, 19 Jul 16 - Majlis Sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra BAKAT PU Kuantan bersama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara dihadiri oleh ahli BAKAT PU Kuantan seramai 400 orang dan anak-anak seramai 150 orang.

Pengerusi BAKAT PU Kuantan, Puan Hjh Nazirah bt Mahmood mengiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Puan Sri Dato' Khairani bt Mohd Zain bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Selesai majlis itu Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Puan Sri Dato' Khairani bt Mohd Zain telah bersalam-salaman bersama dengan ahli BAKAT yang hadir. Di akhir majlis Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara juga berbesar hati memberi sumbangan cenderahati kepada anak-anak ahli BAKAT PU Kuantan.