Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KELAS MASAKAN DAN CERAMAH ETIKA, PROTOKOL DAN PENAMPILAN DIRI

Picture1Picture2Picture3Picture7Picture8Picture9

KUCHING, 11 Mac 17 – BAKAT PU Kuching telah menganjurkan Kelas Masakan bertempat di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching. Kelas Masakan yang dikelolakan oleh Biro Masakan ini telah menunjukkan demonstrasi membuat kek kepada ahli-ahli BAKAT. Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi BAKAT, Puan Anne Hew Fui En. Program yang seterusnya adalah Ceramah Etika, Protokol dan Penampilan Diri yang mana dihadiri oleh semua Pegawai, Pegawai Waren serta ahli BAKAT.

Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan etika serta penampilan yang betul terutamanya melibatkan acara dan majlis rasmi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Staf 2 Kurikulum E Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Lt Kol Harrison bin Harun TUDM. Turut hadir pada ceramah ini ialah Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Norazman bin Ismail TUDM.

KELAS TAFSIR AL-QURAN JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA

23519088 1546418218779152 3152799842468065883 n23517949 1546418195445821 4294349303341636455 n

23471924 1546418282112479 7712843038272218668 n23517809 1546418248779149 7864107389975925037 n

KUALA LUMPUR, 13 Nov 17 - Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU) telah mengadakan Kelas Tafsir Al-Quran dengan menjemput Dato' Dr. Fatma El Zahraa binti Mohd Ramadan sebagai tenaga pengajar. Kelas yang diadakan di Rumah BAKAT Udara turut dihadiri oleh Pengerusi JTBU, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah.

MAJLIS PENUTUP KURSUS INDUKSI WISMA AHLI UDARA PU KUCHING

KUCHING, 19 Sept 16 – Majlis Penutup Kursus Induksi Wisma Ahli Udara Siri 1/16 telah diadakan di Dewan Makan, Wisma Ahli Udara, PU Kuching.

Majlis ini telah diadakan sempena berakhirnya kursus kepada ahli-ahli baru berkenaan dengan cara, etika serta peraturan-peraturan di dalam Wisma. Selain daripada itu, ahli -ahli wisma berpeluang menunjukan bakat mereka di dalam beberapa persembahan. Majlis penutup telah di sampaikan oleh Komander Pangkalan , Kol Yee Yit Hong TUDM.

LAWATAN KEBAJIKAN TUDM KEPADA ANGGOTA

FB IMG 1552915621581FB IMG 1552915626321

SUNGAI PETANI, 16 Mac 19 - Pegawai Memerintah Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang, Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM telah membuat lawatan kebajikan kepada keluarga FSjn Mahendra dan isteri yang baru menimang cahaya mata di Taman Peruda Sungai Petani Kedah.

Turut hadir Pengerusi BAKAT INSKEP, Puan Noor Hafiza binti Haji Zainol dan FSjn Mohd Jamil bin Sulaiman bersama isteri. Warga INSKEP mengucapkan tahniah, semoga anak dan isteri berada dalam keadaan sihat.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT SKN 323 TUDM BUKIT LUNCHU

DSC 0044IMG 7629IMG 7687

BUKIT LUNCHU, 6 Okt 17 - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara Skn 323 TUDM Bukit Lunchu telah diadakan di Dewan Wisma Bintara Skn 323 TUDM. YBhg Puan Salamiah bt Bani Hashim secara rasminya telah menyerahkan tugas sebagai Pengerusi BAKAT Udara Skn 323 TUDM kepada YBhg Puan Rozliza bt Abu setelah menerajui kepimpinan BAKAT Udara Skn 323 TUDM sejak Jan 15.

Turut hadir menyaksikan majlis Wakil Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YBhg Datin Hjh Siti Fatimah bt Hassan dan Datin Hjh Rokiah bt Baba.