Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

BAKAT TUDM

BAKAT TUDM

 

CARTA ORGANISASI JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA TAHUN 2017

BAKAT2017

 

OBJEKTIF DAN FUNGSI

  1. Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga Tentera Udara DiRaja Malaysia khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.
  2. Merapat dan menyatupadukan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  3. Menambah dan meninggikan lagi pengetahuan di dalam hal ehwal pengurusan rumah tangga, pengetahuan am serta aspek-aspek sosial dan kemasyarakatan termasuklah seni dan kebudayaan.
  4. Memupuk dan meninggikan lagi semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan.
  5. Menyertai aktiviti-aktiviti amal dan sosial luar daripada BAKAT secara kumpulan sekadar yang boleh atas nama BAKAT Udara.

 

LOGO BAKAT

 logo

LAMBANG ATM – Menunjukkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

WARNA LATAR BELAKANG – Menunjukkan warna ATM meliputi BAKAT dari 3 perkhidmatan.

WAJAH WANITA BERLATAR BELAKANG PERAJURIT – Menerangkan BAKAT sebuah pertubuhan yang  mempunyai pertalian rapat dengan perjuangan di mana para isteri sentiasa teguh di belakang menjaga keharmonian rumahtangga. Kedua-duanya menuju satu haluan iaitu berbakti kepada negara.

BUNGA PADI KEKUNINGAN – Melambangkan suasana aman, sejahtera dan muafakat.

BAKAT – BAKAT adalah singkatan nama pertubuhan di dalam Angkatan Tentera iaitu ‘Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentara’.

SLOGAN BAKAT – Bersama Berbakti.

 

LAGU BAKAT

Kami ahli BAKAT tentera
Badan kebajikan keluarga
Bersatu kami semua
Membela isteri tentera

Mari bersama berbakti
Beri semangat pada suami
Berjiwa penuh berani
Membela ibu pertiwi

Korus 2 x

Berjuang kami tanpa senjata
Semoga kami Berjaya
Keadilan tercipta
Sama-sama bahagia

Tujuan BAKAT mulia
Membuat amal sentiasa
Bersama membela bangsa
Negara maju jaya

 

CERAMAH AGAMA KELAS TAFSIR BAKAT UDARA

59ee0677 5817 4c87 aabc 3ea467f555f372225ce3 207d 4fa7 a196 9a633496a480a00bc6d7 6738 4841 aa04 556cea59c663

KUALA LUMPUR, 10 Jul 17 – Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah menjemput Dato’ Dr Fatima El Zahraa Muhamad Ramadan bagi menyampaikan ceramah agama sempena Kelas Tafsir Al-Quran yang diadakan di Rumah BAKAT Udara, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA 2017

 WAN4149 WAN4154

 

SUBANG, 18 Jan 17 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Udara telah diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti bagi tahun 2017.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah dan dihadiri oleh AKS Tadbir, YBhg Brig Jen Dr. Ismail bin Manuri TUDM selaku Penasihat BAKAT.